http://pprsribidor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?limitstart=0#sigFreeIdc10db54ee0
http://pprsribidor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?limitstart=0#sigFreeIdc8806d5ee9
Restoran Mee kari Ramli yang terletak di jalan Tol Bidor sangat terkenal dikalangan penduduk di sekitar Bidor mahupun di luar kawasan. Makanan di sini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana keunikan dan ala Chinese Style. Mee kuning sangat lembut dan ia adalah buatan tangan (tepung diuli sendiri) oleh pengusaha dan tidak sama seperti yang dijual di kedai menjadikan faktor utama mee kari ini mendapat perhatian dari pelanggan.
Restoran Mee Kari Ramli menawarkan menu seperti mee kari, mee hailam, nasi lemak, mee kicap, sup dan nasi lemak. Harga sangat berpatutan dan boleh dinikmati dengan serendah RM 3.50 untuk mee kari biasa. Restoran ini dibuka dari seawal pukul 7 pagi.
http://pprsribidor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?limitstart=0#sigFreeIddb2ff3875f
Along Burger Leleh yang terletak di Kampung Poh Bidor adalah makanan yang mendapat sambutan hangat oleh penduduk di sekitar Bidor. Pelbagai jenis burger yang dihasilkan untuk menarik perhatian pelanggan. menampilkan roti burger yang penuh warna warni dan kelihatan unik serta saiz burger yang besar seperti saiz pizza.
Burger yang dihasilkan oleh pengusaha sendiri di rumah dapat menjamin kualiti dan kuantiti untuk memastikan keenakan burger tidak diragui oleg pelanggan. Malah harga setiap burger sangat berpatutan dan mampu dibeli.
Antara burger yang menjadi pilihan pelanggan ialah burger tower daging grill, burger kawin, burger ayam goreng tower, dan burger roti warna warni. Selain burger, di kedai ini juga menjual makanan barat seperti meatball carbonara, spaghetti carbonara dan chicken chop. Harga setiap burger bermula dari RM2.00 hingga RM12.00.
http://pprsribidor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?limitstart=0#sigFreeIdb71b60a55f
Bidor amat terkenal dengan makanan daripada kaum cina iaitu mee itik (ducknoodle). Mee itik yang sangat popular di Bidor ini boleh didapati di Restoran Pun Chun cawangan Bidor yang terletak di jalan utama Tapah-Sungkai. Restoran ini mempunyai ramai pelanggan yang terdiri dari sekitar penduduk di Bidor, luar daerah malah pelancong luar negara juga. Pelancong yang terdiri dari negeri China, Taiwan dan Singapura adalah pelanggan yang sering berkunjung di restoran ini bagi menikmati mee itik.
Mee itik yang menjadi makanan utama di restoran ini merupakan mee herba yang boleh memberi kesihatan yang baik bagi kepercayaan kaum cina itu sendiri selain dari menikmati kelazatannya. Mee itik ini juga boleh dipelbagaikan menu sepeti mee wantan itik dan mee herba peha itik. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti dan kuantiti mee itik ini telah meningkatkan populariti restoran ini kepada pelanggan yang datang. Harga untuk mee itik ialah RM 4.60 manakala mee herba peha itik berharga RM 6.00.
http://pprsribidor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?limitstart=0#sigFreeId79aefc1070
Halaman 1 dari 2