Kuala Woh adalah salah satu kawasan pelancongan yang terletak di Tapah dan mengambil masa 33 minit dari pekan Bidor dengan jarak sejauh 24.1km. Kuala woh yang terkenal dengan kawasan mandi manda, perkhelahan, dan kawasan rekreasi. Selain itu, Kuala Woh juga terdapat beberapa kemudahan kepada pengunjung antaranya ialah kolam air panas, chalet, tapak perkhemahan, kedai makan dan tandas awam.

Tarikan utama di Kuala Woh ini ialah air yang jernih dan suam, tempat merebus telur dan terdapat titi gantung untuk mendapatkan pemandangan yang cantik . Kawasan Pelancongan Kuala Woh ini dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 6 petang kepada semua pengunjung. 

Untuk tempahan chalet atau tapak perkhemahan, boleh hubungi:

Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan,

35000 Tapah, Perak.

Tel : 05-4011216

Fax : 05-4015331