Kes kematian ke-24 (kes ke-1,056), seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau dirawat di HKL dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

Kes kematian ke-25 (kes ke-2,032) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

Kes kematian ke-26 (kes ke1,321) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun dan merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1,309). Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 jam 10.30 pagi.

91051149 10156869894666237 7032128478904320000 o

Daerah di Perak yang tiada kes #COVID19 atau zon hijau setakat 25 Mac 2020. HANYA 39 daerah di tujuh negeri tiada kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dan diklasifikasikan sebagai Zon Hijau di negara ini.

Kekalkan Kampar zon hijau!

#stayhome #kitajagakita

 90596407 2309280999365405 8156274419887505408 n

11 daerah zon merah penularan jangkitan #COVID19 yang melebihi 41 kes.

Anda yang berada di daerah-daerah ini perlu meningkatkan lagi langkah-langkah percegahan.

Ingat, duduk di rumah dapat memutuskan rantaian COVID19. Duduk di rumah demi kebaikan diri anda sendiri. Duduk di rumah demi kesihatan ibu, ayah, anak-anak kecil mahupun datuk dan nenek kita.

photo6334644503662668264