USAHAWAN RUZAINI BIN RAHMAD

  Nama :  Ruzaini Bin Rahmad
  Umur :  40 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Encik Ruzaini merupakan usahawan sepenuh masa yang menyediakan produk berasaskan minuman seperti kopi, teh dan pelbagai minuman segar di kafe miliknya. 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan NaDI beliau tidak tahu cara membuat poster untuk memasarkan produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan serta rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDI) PPR Sri Bidor, beliau kini telah mahir membuat poster untuk memasarkan produk beliau menggunakan Adobe Photoshop dan Canva. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jual beli dengan lebih teratur.


CELIK IT HAWARIAH BINTI ABDULLAH

  Nama :  Hawariah Binti Abdullah
  Umur :  58 tahun
  Ahli :  2019

Latar Belakang

Puan Hawariah menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDI) PPR Sri Bidor pada tahun 2019. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja berkaitan merekod kewangan. Beliau juga tidak tahu cara menggunakan browser seperti google untuk mencari maklumat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk membuat rekod kewangan dan sebagainya. Beliau juga mengetahui cara yang betul mencari maklumat menggunakan browser.



CELIK IT MUHAMAD ADAM MUIZ BIN MUHAMAD SUFIAN

  Nama :  Muhamad Adam Muiz Bin Muhamad Sufian
  Umur :  10 tahun
  Ahli :  2023

Latar Belakang

Muhamad Adam menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Sri Bidor pada tahun 2023. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk mereka bentuk kad, mewarna gambar untuk kerja-kerja sekolahnya. Beliau juga tidak tahu cara menggunakan browser seperti google untuk mencari maklumat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja sekolah seperti membuat folio menggunakan Microsoft Word, pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint dan membuat kad ucapan menggunakan Microsoft Publisher. Beliau juga mengetahui cara yang betul mencari maklumat menggunakan browser.


USAHAWAN KHAIRIL ASYRAF BIN KUSHAIRI

  Nama :  Khairil Asyraf Bin Kushairi
  Umur :  34 tahun
  Ahli :  2023

Latar Belakang

Encik Khairil merupakan usahawan sepenuh masa yang mengeluarkan produk makanan berasaskan makanan ringan iaitu bertih jagung (popcorn).

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PEDi beliau tidak tahu cara membuat poster untuk memasarkan produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan serta rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir membuat poster untuk memasarkan produk beliau menggunakan Adobe Photoshop dan Canva. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jual beli dengan lebih teratur.


CELIK IT DEEVINESH A/L FRANCIS XAVIAR

  Nama :  Deevinesh A/L Francis Xaviar
  Umur :  15 tahun
  Ahli :  2015

Latar Belakang

Deevinesh menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Sri Bidor pada tahun 2015. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja sekolah.Beliau juga tidak tahu cara menggunakan browser seperti google untuk mencari maklumat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja sekolah seperti membuat folio menggunakan Microsoft Word,pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint dan membuat kad ucapan menggunakan Microsoft Publisher. Beliau juga mengetahui cara yang betul mencari maklumat menggunakan browser.