Kepada penggemar makanan Char Kue Tiau Ketam, anda tidak perlu pening-pening lagi di mana anda perlu cari di sekitar Bidor. Ini kerana, Char Kue Tiau Ketam,Char Kue Tiau Udang Galah yang segar, anda kini boleh nikmatinya dengan harga RM 10 sahaja.
 
Penggemar 'seafood' wajib datang sini kerana char kue tiau inimemiliki rasa yang sedap, kualiti yang terbaik, harga yang murah & pemilik kedai yang sangat mesra pelanggan membuat anda tidak rugi berkunjung ke kedai ini dan menikmati makanan yang disediakan.
 
Anda boleh menikmati Char Kue Tiau terbaik ini di;
Lokasi : Char Kue Tiau D Gepai,Kg Kuala Gepai Bidor Perak.
Waktu Operasi: 5:00pm - 10:00pm (Jumaat -Ahad)
 
Selain Char Kue Tiau, pengusaha kedai juga menyediakan masakan panas seperti nasi goreng ikan rebus dan banyak lagi yang boleh mengenyangkan perut anda.
 
Jom cuba! rasakan kenikmatannya dengan harga yang berbaloi-baloi.
Tengok tu udang dia..Meriah!!!
Admin bagi 10 bintang. Bukan indah pada rupa sahaja tapi secukup rasa. Semunya sempurna dari segi kesegaran udang, kualiti udang, kepekatan kuah, dan mee yang digunakan juga adalah terbaik.
 
Untuk makluman anda juga, Restoran Mee Udang Nawfal air tangan Chef Zubir yang sebelum ini merupakan seorang chef di beberapa hotel bertaraf 5 bintang. Jadi anda tidak perlu risau lagi dan rasa rugi sebab kualiti makanan sudah A, skill memasak dari chef juga A!
 
Terdapat juga pelbagai menu lain antaranya masakan panas,western food dan masakan ala thai. Apa yang pasti, makanan disini semuanya sedap dan mampu dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat. Harga setiap menu juga berbaloi-baloi untuk orang sekitar Bidor dan pengunjung dari luar.
 
Alamat : Restoran Mee Udang Nawfal, Kg Melayu Kampung Pahang,Jalan Pahang 35000 Tapah Perak (Sebelum kem askar)
Waktu operasi :Setiap hari (4:00pm - 1:00am)
Mee udang biasa : RM 10 (Udang Saiz XXL)
Mee udang special : RM15 (Udang Saiz XXL)

Restoran Mee kari Ramli yang terletak di jalan Tol Bidor sangat terkenal dikalangan penduduk di sekitar Bidor mahupun di luar kawasan. Makanan di sini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana keunikan dan ala Chinese Style. Mee kuning sangat lembut dan ia adalah buatan tangan (tepung diuli sendiri) oleh pengusaha dan tidak sama seperti yang dijual di kedai menjadikan faktor utama mee kari ini mendapat perhatian dari pelanggan.

Restoran Mee Kari Ramli menawarkan menu seperti mee kari, mee hailam, nasi lemak, mee kicap, sup dan nasi lemak. Harga sangat berpatutan dan boleh dinikmati dengan serendah RM 3.50 untuk mee kari biasa. Restoran ini dibuka dari seawal pukul 7 pagi. 

Along Burger Leleh yang terletak di Kampung Poh Bidor adalah makanan yang mendapat sambutan hangat oleh penduduk di sekitar Bidor. Pelbagai jenis burger yang dihasilkan untuk menarik perhatian pelanggan. menampilkan roti burger yang penuh warna warni dan kelihatan unik serta saiz burger yang besar seperti saiz pizza.

Burger yang dihasilkan oleh pengusaha sendiri di rumah dapat menjamin kualiti dan kuantiti untuk memastikan keenakan burger tidak diragui oleg pelanggan. Malah harga setiap burger sangat berpatutan dan mampu dibeli.  

Antara burger yang menjadi pilihan pelanggan ialah burger tower daging grill, burger kawin, burger ayam goreng tower, dan burger roti warna warni. Selain burger, di kedai ini juga menjual makanan barat seperti meatball carbonara, spaghetti carbonara dan chicken chop. Harga setiap burger bermula dari RM2.00 hingga RM12.00.

Bidor amat terkenal dengan makanan daripada kaum cina iaitu mee itik (ducknoodle). Mee itik yang sangat popular di Bidor ini boleh didapati di Restoran Pun Chun cawangan Bidor yang terletak di jalan utama Tapah-Sungkai. Restoran ini mempunyai ramai pelanggan yang terdiri dari sekitar penduduk di Bidor, luar daerah malah pelancong luar negara juga. Pelancong yang terdiri dari negeri China, Taiwan dan Singapura adalah pelanggan yang sering berkunjung di restoran ini bagi menikmati mee itik.

Mee itik yang menjadi makanan utama di restoran ini merupakan mee herba yang boleh memberi kesihatan yang baik bagi kepercayaan kaum cina itu sendiri selain dari menikmati kelazatannya. Mee itik ini juga boleh dipelbagaikan menu sepeti mee wantan itik dan mee herba peha itik. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti dan kuantiti mee itik ini telah meningkatkan populariti restoran ini kepada pelanggan yang datang. Harga untuk mee itik ialah RM 4.60 manakala mee herba peha itik berharga RM 6.00.