Bidor ialah sebuah pekan kecil di daerah Batang Padang yang terletak di tenggara negeri Perak. Bidor mempunyai kepadatan penduduk yang dianggarkan melebihi 34,000 orang iaitu pada tahun 2010.

Bidor juga merupakan tempat yang biasanya akan dilalui apabila menuju ke Teluk Intan dan bandar-bandar lain di barat Perak. Manakala, susur keluar ke Bidor dari Lebuhraya Utara Selatan (E1) adalah bernombor 130 (Exit 130). Bahagian utara pekan Bidor dipisahkan oleh sungai Gedong manakala bahagian selatan pekan dipisahkan oleh Sungai Bidor. Kedua-dua batang sungai bertemu di belakang pasar iaitu kuala Sungai Gedong bersambung ke Sungai Bidor.

Penduduk Bidor terdiri daripada majoritinya kaum Cina diikuti kaum Melayu dan kaum India. Pekerjaan dan sumber pendapatan bagi warga Bidor seperti kakitangan kerajaan, pekerja swasta, buruh, peniaga dan usahawan kecil. 

Untuk pengetahuan anda, Pusat Internet  PPR Sri Bidor terletak di kawasan lot kedai di Taman Bidor Botani iaitu di jalan utama Bidor-Teluk Intan. Pusat Internet PPR Sri Bidor ini dikelilingi dengan beberapa buah kawasan perumahan dan kampung seperti Taman Bidor Botani, Rumah Pangsa Sri Bidor,Taman Bidor Intan, Kampung Dato Kamaruddin, Taman Megah dan Taman Perumahan Awam Intan. 

cartaadunkaw

Sumber: 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bidor