Wanita dan golongan ibu tuggal hari ini tidak terlepas dengan mengikuti kelas yang berfaedah dan boleh mengisi masa lapang serta  menjana pendapatan keluarga. Erti kata lain, golongan wanita adalah penyumbang utama kejayaa institusi kekeluargaan. 

Kelas kraftangan perca kain adalah aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tapah untuk membantu dan mengisi pendapatan golongan wanita terutama yang suri rumah dan ibu tunggal. Golongan wanita sekitar Bidor dan Tapah serta di sekitarnya sangat aktif dalam menghadiri kelas yang telah dianjurkan kerana faedah yang mereka terima tidak sia-sia.