Bidor sangat terkenal dengan aktiviti peniagaan dari usahawan tempatan. Jika kita lihat, sepanjang jalan di pekan Bidor, pemandangan kita akan dihiasi dengan gerai jualan dari pelbagai aneka jenis buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Gerai jualan yang terletak di tepi jalan utama Tapah-Sungkai, telah menarik perhatian pelancong atau penduduk tempatan yang melalui kawasan ini untuk membeli belah. Secara tidak langsung, ia telah meningkatkan ekonomi usahawan di Bidor. 

Di Bidor juga terdapat usahawan kecil dalam pembuatan makanan antaranya ialah usahawan kek, biskut dan makanan ringan. Usahawan seperti ini selalunya diusahakan di kawasan rumah dan tidak mempunyai fizikal stor sendiri. Penjualan dan pemasaran juga banyak dibuat melalui kaedah online termasuklah facebook, instagram, mudah.my dan aplikasi terbaru yang dibangunkan oleh Pusat Internet sendiri iaitu Dashboard PI.