Produk terbaru iaitu kerepek isi ketam berempah adalah produk yang mendapat sambutan pelanggan di sekitar Bidor. Hari raya semakin hampir ini boleh menjadikan kerepek isi ketam berempah menjadi juadah utama bersama dengan kuih raya yang lain. harga setiap balang ialah RM 20.00 dan boleh membuat tempahan kepada Dekny Shamsury 014-2516632.

Puan Noor mengusahakan Cheese Cake Leleh secara kecil-kecilan di kediamannya iaitu di Bidor. Antara kek yang dijual seperti vanila cheese, pandan cheese, blueberry cheese, mango cheese, chocolate cheese, oreo cheese, milo moist dan chocholate moist. 

Semua kek mendapat sambutan bagi warga bidor dengan kualiti dan keenakannya. Harga yang sangat berpatutan iaitu diantara RM10 hingga RM13 untuk 1 kek/pek. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh terus hubungi Puan Noor 018-3271635. 

Jus belimbing dan markisa ini diusahakan oleh Hj. Mansor Enterprise dengan bimbingan Jabatan Pertanian Perak. Hj. Mansor Enterprise yang terletak di Temoh merupakan produk bumiputera yang kini mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat mahupun di luar kawasan. 

Jus Belimbing sangat berkhasiat dan ia boleh menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sakit sendi dan mengubati batuk. Manakala jus markisa pula beri banyak khasiat kepada manusia dari segi mengubati asma, menguatkan gigi dan tulang, serta boleh melancarkan metabolisme dalam tubuh badan.

Pusat Buah-buahan Bidor terletak di jalan utama Sungkai-Tapah. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang segar lagi berkualiti di pusat buah-buahan ini. Sedia maklum, Bidor sangat terkenal dengan kawasan pertanian buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Antara buah-buahan yang dijual di pusat ini ialah jambu batu, jambu epal, limau bali, pisang, mangga madu dan pelbagai jenis ubi. Harga yang berpatutan dan jaminan kualitinya adalah salah satu faktor tarikan kepada pusat buah-buhan ini.