Kuala Woh adalah salah satu kawasan pelancongan yang terletak di Tapah dan mengambil masa 33 minit dari pekan Bidor dengan jarak sejauh 24.1km. Kuala woh yang terkenal dengan kawasan mandi manda, perkhelahan, dan kawasan rekreasi. Selain itu, Kuala Woh juga terdapat beberapa kemudahan kepada pengunjung antaranya ialah kolam air panas, chalet, tapak perkhemahan, kedai makan dan tandas awam.

Tarikan utama di Kuala Woh ini ialah air yang jernih dan suam, tempat merebus telur dan terdapat titi gantung untuk mendapatkan pemandangan yang cantik . Kawasan Pelancongan Kuala Woh ini dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 6 petang kepada semua pengunjung. 

Untuk tempahan chalet atau tapak perkhemahan, boleh hubungi:

Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan,

35000 Tapah, Perak.

Tel : 05-4011216

Fax : 05-4015331

Senarai Homestay yang terdapat di Bidor:

  

1) Homestay Sri Mayang

    Encik Ruslan Bin Mat Sum

    No.116 Kampung Poh, 35500 Bidor.

    012-3250805 

2) Homestay Mak Su

    No. 142A Jalan Teluk Intan, Kampung Simpang Tiga, 35500, Bidor.

    012-5050312

Antara kawasan menarik yang terdapat di Bidor ialah Gepai Falls dan ia juga dikenali sebagai Lubuk Degong oleh penduduk tempatan. Gepai Falls ini terletak 6.2 km dari pekan Bidor dan 8.6 km dari Pusat Internet  PPR Sri Bidor dan ia mengambil masa perjalanan selama 16 minit.

Gepai Falls dikelilingi dengan alam semulajadi seperti  tumbuhan hijau dan mempunyai air yang sangat jernih serta bersih. Kawasan ini sangat  sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti mandi manda, berkelah, memancing dan fotografi. Namun, Gepai Falls tidak banyak diketahui oleh pihak umum kerana lokasinya agak terpencil dan ia sering dikunjungi oleh penduduk setempat dan selalunya dipenuhi pada musim cuti umum mahupun cuti sekolah.