Warga Belia di Rumah Pangsa Seri Bidor sangat aktif dalam Persatuan Agama iaitu dengan mengadakan aktiviti seperti kelas mengaji Al-quran Akhlak. Kelas mengaji Al-quran ini diadakan setiap hari pada jam 7:30 malam hingga 9:30malam.
 
Belia dan anak-anak warga Rumah Pangsa Seri Bidor memanfaatkan kelas ini dengan baiknya untuk terus mendalami dan belajar Al-Quran. Guru atau tenaga pengajar iaitu Ustaz Kamaruddin Bin Kabul sentiasa memberi ilmu, teknik, dan pengajaran yang betul dalam mengaji Al-Quran bermula mengenal huruf, tajwid sehingga boleh menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran.

Persatuan Silat Lincah adalah satu usaha pembangunan moral untuk golongan belia di kawasan Bidor dan Tapah. Latihan dan pertunjukan demostrasi sering diadakan untuk pemantapan fizikal dan rohani bagi belia yang menyertainya. 

Pendaftaran untuk silat lincah ini adalah terbuka dan keutamaan diberikan golongan belia tidak kira lelaki atau wanita.

Pasukan kompang dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bidor 2 sangat aktif dalam latihan untuk pemantapan berkompang. Baru-baru ini pasukan kompang juga telah menyerikan Majlis Hari Bersama Komuniti dan Perasmian Pusat Internet 1Malaysia PPR Sri Bidor. Semoga aktiviti dan budaya ini terus dikekalkan serta dimajukan bagi ia tidak hilang ditelan zaman kemodenan terutama bagi golongan generasi muda.