Jus belimbing dan markisa ini diusahakan oleh Hj. Mansor Enterprise dengan bimbingan Jabatan Pertanian Perak. Hj. Mansor Enterprise yang terletak di Temoh merupakan produk bumiputera yang kini mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat mahupun di luar kawasan. 

Jus Belimbing sangat berkhasiat dan ia boleh menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sakit sendi dan mengubati batuk. Manakala jus markisa pula beri banyak khasiat kepada manusia dari segi mengubati asma, menguatkan gigi dan tulang, serta boleh melancarkan metabolisme dalam tubuh badan.