Tarikh :  21 Julai 2018
Masa :  11:00am hingga 1:00pm
Peserta :  5 orang
Lokasi :  Pusat Internet  PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Microsoft Word.

Aktiviti :

Peserta belajar membuat catatan harian atau diari menggunakan Microsoft Word. Peserta belajar dua jenis format karangan catatan harian yang betul. Peserta juga belajar penggunaan Caps Lock, Shift, semicolon dan typewriter keys.

Gambar Disini


Tarikh :  17 Julai 2018
Masa :  3:00pm hingga 4:00pm
Peserta :  6 orang
Lokasi :  Pusat Internet  PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Bahasa Inggeris.

Aktiviti :

Peserta bermain sambil belajar Bahasa Inggeris. Peserta membuat perkataan daripada huruf-huruf yang diberikan. Peserta juga memadankan nama serangga yang diberikan dalam Bahasa Inggeris ke gambar.Selain itu, peserta memadankan kata-kata nama kedudukan di dalam bahasa Inggeris dengan gambar yang diberikan.Mereka membuat semua aktiviti ini menggunakan laman web British Council LearnEnglish Kids.

Gambar Disini


Tarikh :  13 Julai 2018
Masa :  2:30pm hingga 3:30pm
Peserta :  14 orang
Lokasi :  Pusat Internet  PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Klik dengan Bijak.

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat klik dengan bijak yang diberikan oleh petugas. Petugas memberi taklimat tentang Online Grooming. Peserta belajar apakah Online Grooming,jangan mudah kongsi maklumat peribadi dengan orang luar serta mudah percaya dengan orang yang baru dikenali. Peserta juga menjawab kuiz berkenaan Klik dengan Bijak yang diberikan oleh petugas.

Gambar Disini


Tarikh :  13 Julai 2018
Masa :  3:30pm hingga 4:30pm
Peserta :  14 orang
Lokasi :  Pusat Internet  PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Klik dengan Bijak.

Aktiviti :

Peserta menjawab soalan-soalan kuiz mengenai Klik dengan Bijak. Peserta menjawab kuiz ini di laman web Quizizz. Setiap peserta  akan mendapat soalan yang sama tetapi susunan soalan dan jawapan adalah berbeza. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya unsur peniruan jawapan.

Gambar Disini


Tarikh :  10 Julai 2018
Masa :  2:30pm hingga 4:30pm
Peserta :  9 orang
Lokasi :  Pusat Internet  PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Microsoft Powerpoint.

Aktiviti :

Peserta belajar cara membuat sticker atau logo menggunakan Microsoft Powerpoint. Peserta belajar cara penggunaan WordArt dan Clip Art. Sticker atau logo yang telah siap akan dicetak menggunakan kertas khas untuk pelekat gambar.

Gambar Disini