Kes kematian ke-24 (kes ke-1,056), seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau dirawat di HKL dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

Kes kematian ke-25 (kes ke-2,032) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

Kes kematian ke-26 (kes ke1,321) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun dan merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1,309). Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 jam 10.30 pagi.

91051149 10156869894666237 7032128478904320000 o

11 daerah zon merah penularan jangkitan #COVID19 yang melebihi 41 kes.

Anda yang berada di daerah-daerah ini perlu meningkatkan lagi langkah-langkah percegahan.

Ingat, duduk di rumah dapat memutuskan rantaian COVID19. Duduk di rumah demi kebaikan diri anda sendiri. Duduk di rumah demi kesihatan ibu, ayah, anak-anak kecil mahupun datuk dan nenek kita.

photo6334644503662668264

Status COVID-19 bagi seluruh dunia 26 Mac 2020.

Negara Amerika Syarikat telah mempunyai jumlah kes yang tinggi dengan jumlah 65,778 kes dan hampir menghampiri negara Itali dengan jumlah kes 74,386.
#covid19 #besafe #stayathome #takpastijangankongsi

 photo6334488669364267581

 

Insentif untuk veteran-veteran ATM dalam menghadapi perintah kawalan pergerakan (pkp) ekoran wabak covid-19 skim bantuan kebajikan - bantuan sara hidup.#covid19 #besafe #stayathome #takpastijangankongsi #ATM

photo6047528585624922954

Terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 215 kes.

Sehingga 26 Mac 2020 jam 12 tengahari, terdapat 235 kes baru dilaporkan. Tambahan kes baru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,031.

60 daripada kes baru adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. Baki 175 kes masih dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan kluster lain.

45 kes positif sedang dirawat di ICU. 32 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan #COVID19, menjadikan kes keseluruhan kematian sebanyak 23 kes.

- CPRC KKM -

90638515 2500873660242201 6515564159394906112 n