Pusat Ekonomi Digital(PEDi) merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh suruhanjaya komunikasi (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Tumpuan utama Pusat Ekonomi Digital adalah di kawasan-kawasan penduduk yang berpendapatan rendah terutama di kawasan luar bandar serta pinggir bandar.

 

Objektif utama ialah memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet, meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak & pengimbas, program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. Selain itu,  Pusat Ekonomi Digital juga menawarkan perkihdmatan dan latihan kepada pengguna dan penduduk sekitar  seperti program pembangunan modal insan & keusahawanan, kempen kesedaran ICT dan perkhidmatan eGoverment.

 

Penggunaan Pusat Ekonomi Digital adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dengan pendaftaran hanya RM5 seorang sekali seumur hidup. Ahli Pusat Ekonomi Digital  juga layak mengikuti kelas ICT dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan secara percuma.

Waktu Operasi

9:00 pagi – 6:00 petang

Setiap Hari (Kecuali Cuti Umum)

Rehat: 1:00 petang – 2:00 petang (Sabtu hingga Khamis)

           12:30 petang – 2:30 petang (Jumaat)

Alamat

No. 13, Jalan Botani 1,

Taman Bidor Botani, 35500 Bidor,

Perak.

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Portal

http://pprsribidor.pjk.com.my/index.php

Facebook

https://www.facebook.com/pikpprsribidor/

Instagram

pedi_pprsribidor

Youtube Chanel

pedi sri bidor

Petugas

Pengurus : Cik Amirah Rahmad

Penolong Pengurus: Puan Zuraida Jamhari