Sejarah nama Bidor mula diperolehi namanya dari bekas acuan bijih yang dinamakan Bidor. Ini kerana, Bidor pada suatu ketika dahulu adalah merupakan pengeluar bijih timah yang besar di negeri Perak. Orang yang mula-mula membuka penempatan Bidor adalah Syeikh Abdul Ghani yang berasal dari Sumatera dan beliau adalah merupakan penghulu pertama Pekan Bidor maka masyarakat Melayu semakin berkembang.

 

Aktiviti perlombongan, perladangan getah yang dibuka oleh orang Inggeris pada masa itu telah banyak menggamit kehadiran orang Cina serta keturunan India untuk berhijrah ke Bidor sekaligus Bidor berubah menjadi sebuah pekan kecil. Ekonomi pekan Bidor juga bergantung kepada pertanian, seperti perusahaan jambu batu, buah-buahan eksotik, penternakan ayam dan itik serta perladangan kelapa sawit. Kini perindustrian telah sedia terdapat atas galakan kerajaan negeri yang membawa masuk usahawan dari luar negara seperti Korea, Jepun, dan Taiwan untuk menjana industri kecilan yang bersaskan elektronik dan barang konsumer.

  

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bidor

http://tokwanmatarun.blogspot.com/2010/12/sejarah-bidor-perak.html