Tarikh | : 18 Ogos 2024 |
Masa | : 10:00AM - 12:00 PM |
Peserta | : 6 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Hari Kemerdekaan.
Aktiviti :
Peserta menyertai aktiviti Program Hari Kemerdekaan 2024 yang diadakan di NADI PPR Sri Bidor. Aktiviti dimulai dengan peserta menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera Malaysia. Kemudian, peserta menyusun kepingan puzzle yang bertemakan Hari Kemerdekaan di laman web Jigsaw Planet dan pada masa yang sama melatih kemahiran penggunaan tetikus. Peserta juga menyertai pertandingan mewarna atas talian. Peserta berlatih mewarna bendera Malaysia di laman web Photopea sebelum menyertai pertandingan mewarna poster Kemerdekaan. Peserta belajar mengenai gradient warna dan penggunaan bucket tool di Photopea. Peserta juga belajar cara memasukkan imej ke dalam Photopea. Selesai aktiviti mewarna atas talian, peserta mendengar taklimat dan menonton video mengenai Klik dengan Bijak (KDB). Peserta belajar mengenai apa itu Klik dengan Bijak, portal SEBENARNYA.MY, maklumat palsu dan lain. Peserta juga menjawab kuiz Klik dengan Bijak di laman web Quizizz.
Tarikh | : 17 Ogos 2024 |
Masa | : 2:00PM - 5:00 PM |
Peserta | : 22 orang |
Lokasi | : Dewan Serbaguna Batu 3 |
Tujuan :
Komuniti Banir Estate menjalani program bersempena Hari Kemerdekaan.
Aktiviti :
Program Jiwa Merdeka Komuniti Banir Estate yang dijalankan di Dewan Serbaguna Batu 3 merupakan program yang bertemakan Hari Kemerdekaan. Komuniti menjalani aktiviti-aktiviti menyambut Hari Kemerdekaan seperti mengadakan pertandingan memperagaan pakaian bertemakan Hari Kemerdekaan,pertandingan mewarna poster Kemerdekaan, hiasan juadah makanan,menunjukkan cara memasak manisan, taklimat mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional(NADI),ucapan dari Jabatan Penerangan Daerah Batang Padang dan aktiviti konvoi motorsikal bersempena Hari Kemerdekaan.
Tarikh | : 04 Ogos 2024 |
Masa | : 3:00PM - 4:00 PM |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta S.T.E.M.
Aktiviti :
Peserta belajar pendidikan S.T.E.M. melalui permainan S.T.E.M. di laman web Engineering.com. Permainan ini mengenai Smart Turn atau pusingan pintar. Peserta harus membuat pusingan yang menyasarkan ke bintang dan elak daripada terkena palang pusingan yang lain. Permainan ini mengajar peserta untuk berfikir kreatif dan melatih penggunaan tetikus.
Tarikh | : 04 Ogos 2024 |
Masa | : 4:00PM - 5:00 PM |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta Matematik, English dan Geografi.
Aktiviti :
Peserta menjawab kuiz asas Matematik, English dan Geografi. Peserta menjawab kuiz ini di laman web Quizizz. Kuiz ini membantu menambahkan ilmu pengetahuan untuk peserta.
Tarikh | : 03 Ogos 2024 |
Masa | : 11:00AM - 11:30 AM |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta nama komponen komputer.
Aktiviti :
Peserta berlatih menulis nama-nama komponen komputer melalui Smart Board di NADI. Peserta dikehendaki menulis nama komponen komputer dengan betul. Latihan ini dapat membantu peserta mengingat nama komponen dan cara mengeja nama komponen komputer.