Tarikh | : 08 September 2024 |
Masa | : 3:00PM - 3:30 PM |
Peserta | : 4 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendidikan S.T.EM.
Aktiviti :
Peserta bermain permainan S.T.E.M di laman web ABCya!. Mereka bermain permainan Bridge Hopper yang memerlukan arnab melompat ke tempat yang ada lobak, mengelak lubang dan perlu memerhatikan kiraan langkah arnab. Permainan ini bertujuan melatih peserta berfikir dan menguji kemahiran penggunaan tetikus.
Tarikh | : 08 September 2024 |
Masa | : 08:00M - 12:00PM |
Peserta | : 50 orang |
Lokasi | : DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG KINJANG, CHENDERIANG |
Tujuan :
Menyertai Program Jiwa Merdeka Dun Chenderiang sebagai penceramah jemputan.
Aktiviti :
Program Jiwa Merdeka Dun Chenderiang dengan kerjasama Komuniti Madani Banir Estate, Komuniti Madani Jalan Pahang dan Komuniti Madani Chenderiang anjuran Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang telah menjemput NADI PPR Sri Bidor bagi memberikan taklimat mengenai Fungsi NADI kepada komuniti. Program dimulakan dengan taklimat NADI dan soal jawab bersama ahli komuniti. Seterusnya acara Sukaneka Merdeka dengan pelbagai aktiviti seperti mewarna, bowling kelapa, bola beracun dan sebagainya yang juga disertai setiap kelompok kumpulan ahli komuniti seperti kanak-kanak, wanita, lelaki dan belia. Dan kemudiaanya ucapan penutup oleh Yang Berhormat Encik Choong Shin Heng (ADUN Chenderiang) dan penyampaian hadiah kepada semua ahli komuniti Madani.
Tarikh | : 06 September 2024 |
Masa | : 02:00PM - 04:30PM |
Peserta | : 100 orang |
Lokasi | : DEWAN KOMUNITI GUDWARA SAHIB BIDOR |
Tujuan :
Menyertai Program Semarak Jiwa Merdeka Bersama Belia Komuniti Sikh 2024@ Bidor sebagai penceramah jemputan.
Aktiviti :
Program Semarak Jiwa Merdeka Bersama Belia Komuniti Sikh Bidor di bawah anjuran Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Buntong bersama Ahli Dewan Belia Perak DUN N.30 Buntong serta Komuniti Sikh Bidor dengan kerjasama NADI PPR Sri Bidor serta NADI Sg Klah sebagai penceramah jemputan. Selain daripada jemputan sebagai penceramah memberi taklimat, pihak NADI juga diberi tanggungjawab untuk menjalankan beberapa aktiviti sempena menyambut kemerdekaan. Program dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai NADI dari NADI PPR Sri Bidor, tayangan video Klik dengan Bijak: Scammer dan seterusnya kuiz KDB, aktiviti pertandingan mewarna serta menjawab kuiz silang kata yang dibahagikan kepada dua kategori pelajar sekolah rendah dan menengah. Dan bagi menyemarakan lagi bulan kemerdekaan, semua peserta menyanyikan bersama-sama beberapa buah lagu kemerdekaan dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan peserta program.
Tarikh | : 07 September 2024 |
Masa | : 02:00PM - 05:00PM |
Peserta | : 50 orang |
Lokasi | : DEWAN SERBAGUNA KG LUBUK MAS, CHENDERIANG |
Tujuan :
Menyertai Program Jiwa Merdeka Komuniti Madani Jalan Pahang sebagai penceramah jemputan.
Aktiviti :
Program Jiwa Merdeka Komuniti Madani Jalan Pahang anjuran Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang sekali lagi menjemput NADI PPR Sri Bidor bagi memberikan taklimat mengenai Fungsi NADI kepada komuniti. Program dimulakan dengan taklimat NADI dan soal jawab bersama ahli komuniti. Seterusnya ceramah kemerderkaan oleh Pegawai Penerangan Daerah dan kuiz kenegaraan, ketibaan ADUN Chenderiang iaitu Yang Berhormat Encik Choong Shin Heng diteruskan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak. Kemudiannya ucapan perasmian oleh ADUN Chenderiang, gimik pemotongan kek sempena bulan kemerdekaan dan diteruskan pula kepada penyampaian hadiah serta cabutan bertuah untuk ahli komuniti Madani.
Tarikh | : 06 September 2024 |
Masa | : 09:30AM - 11:00 AM |
Peserta | : 19 orang |
Lokasi | : TABIKA KEMAS DOR, KG DATO KAMARUDDIN |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Celik IT sempena menyambut Hari Malaysia 2024.
Aktiviti :
Peserta menyertai aktiviti Program Celik IT Malaysia Madani: Jiwa Merdeka sempena menyambut Hari Malaysia 16 September 2024. Program ini dijalankan di Tabika Kemas Dor, Kg Dato Kamaruddin dengan 18 orang pelajar tabika dan 1 guru bertugas. Program dimulakan dengan tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai penggunaan internet yang selamat dan seterusnya bernyanyi bersama-sama pelajar beberapa buah lagu merdeka. Kemudiannya pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi aktiviti mewarna menggunakan tablet serta menyelesaikan puzzle bendera Malaysia di aplikasi yang dimuat turun dari "apps store". Dari program ini, pelajar tabika dapat belajar ICT dengan lebih menarik menggunakan tablet dan juga meraikan hari kemerdekaan serta Hari Malaysia.