Pusat Buah-buahan Bidor terletak di jalan utama Sungkai-Tapah. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang segar lagi berkualiti di pusat buah-buahan ini. Sedia maklum, Bidor sangat terkenal dengan kawasan pertanian buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Antara buah-buahan yang dijual di pusat ini ialah jambu batu, jambu epal, limau bali, pisang, mangga madu dan pelbagai jenis ubi. Harga yang berpatutan dan jaminan kualitinya adalah salah satu faktor tarikan kepada pusat buah-buhan ini.