CELIK IT JANATARAN

  Nama :  Janataran
  Umur :  15 tahun
  Ahli :  2018

Latar Belakang

Janataran menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor pada tahun 2018. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Powerpoint untuk pembentangan di sekolah serta beliau tidak tahu untuk menyimpan data di komputer.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,menyimpan data, membuat pembentangan serta membuat kad dan poster.