USAHAWAN MOHD HARIZ BIN MOHAMAD

  Nama :  Mohd Hariz bin Mohamad 
  Umur :  28 tahun
  Ahli :  2018

Latar Belakang

Encik Hariz merupakan usahawan sepenuh masa dengan melakukan kerja catering dan perniagaan di kantin sekolah.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIM beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan perkhidmatan beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan perkhidmatan beliau menggunakan Facebook. Beliau juga ada mempromosikan perkhidmatannya di Dashboard Komuniti dan semua pengguna Dashboard mengetahui perkhidmatan yang beliau jalankan. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  katering dengan lebih teratur.