CELIK IT YASHENDRAN

  Nama :  Yashendran a/l Francis Xaviar
  Umur :  17 tahun
  Ahli :  2015

Latar Belakang

Yashendran menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor pada tahun 2015. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,simpan data,pembentangan dan membuat kad serta poster.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,menyimpan data, membuat pembentangan serta membuat kad dan poster.