USAHAWAN ARATON ABDULLAH

  Nama :  Araton binti Abdullah
  Umur :  67 tahun
  Ahli :  2018

Latar Belakang

Puan Araton merupakan suri rumah sepenuh masa sambil menjual makanan (pulut kuning bersama rendang).

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIM beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk dan perkhidmatan,menangkap serta edit gambar produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk beliau menggunakan Facebook dan Dashboard Komuniti. Kini, semua pengguna Dashboard dapat melihat produknya. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli dengan lebih teratur.