USAHAWAN MUHAMMAD KHAIRUL ADHA ROSLAN

  Nama :  Muhammad Khairul Adha bin Roslan
  Umur :  21 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Encik Khairul Adha merupakan pelajar sepenuh masa di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.Beliau merupakan pelajar yang menjual peralatan elektronik seperti mikrofon dan pembesar suara.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIM beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk dan perkhidmatan,menangkap serta edit gambar produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk beliau menggunakan Facebook dan Dashboard Komuniti. Ini menyebabkan semua pengguna Dashboard Komuniti mengetahui produk yang beliau jual iaitu produk elektronik. Beliau kini tahu cara yang sesuai untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jualan dengan lebih teratur.