USAHAWAN MUHAMMAD KAMARUL ARIF RAMLI

  Nama :  Muhammad Kamarul Arif bin Ramli
  Umur :  21 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Encik Kamarul merupakan pelajar sepenuh masa di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.Beliau merupakan pelajar yang menjual pakaian seperti t-shirt.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIM beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk, menangkap gambar serta edit gambar produk beliau dan cara menyimpan serta merekod data seperti maklumat pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk beliau menggunakan Facebook dan Dashboard Komuniti. Ini menyebabkan pengguna Dashboard Komuniti mula mengetahui produk yang beliau jual iaitut-shirt. Beliau kini tahu cara yang sesuai untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jualan dengan lebih mudah dan teratur.