USAHAWAN SURAYA HANUM JAHAUDIN

  Nama :  Suraya Hanum Jahaudin
  Umur :  29 tahun
  Ahli :  2020

Latar Belakang

Puan Suraya merupakan ibu tunggal yang menjual pakaian di shopee dan fb live.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk dan perkhidmatan,menangkap serta edit gambar produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk dan perkhidmatan beliau menggunakan Shopee, Facebook dan Dashboard Komuniti. Ini menyebabkan semua pengguna Dashboard Komuniti mengetahui produk yang beliau jual iaitu pakaian. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jualan dengan lebih teratur.