USAHAWAN NUR AFIQAH MAHADHIR

  Nama :  Nur Afiqah Mahadhir
  Umur :  21 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Cik Nur Afiqah merupakan pelajar sepenuh masa di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.Beliau merupakan pelajar yang menjual baju sweater dan hoodie.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIK beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk, menangkap gambar serta edit gambar produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan data rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk beliau menggunakan Facebook dan Dashboard Komuniti. Ini menyebabkan semua pengguna Dashboard Komuniti mengetahui produk yang beliau jual iaitu baju sweater dan hoodie. Beliau kini tahu cara yang sesuai untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jualan dengan lebih teratur.