CELIK IT MOHAMAD HARITS BIN NOROL HAKIM

  Nama :  Mohamad Harits Bin Norol Hakim 
  Umur :  14 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Mohamad Harits menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Sri Bidor pada tahun 2015. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk menaip kerja sekolah,pembentangan dan membuat kad dan poster.Beliau juga tidak tahu cara menggunakan browser seperti google untuk mencari maklumat

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip kerja sekolah dan membuat pembentangan serta membuat poster yang mudah melalui Microsoft Powerpoint. Beliau juga mula mengetahui cara menggunakan browser untuk mencari maklumat dan menjalani kelas atas talian.