CELIK IT MUHAMMAD MIKAIL BIN ZULKIFLI

  Nama :  Muhammad Mikail Bin Zulkifli
  Umur :  6 tahun
  Ahli :  2022

Latar Belakang

Muhammad Mikail menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Sri Bidor pada tahun 2022. Beliau menyertai lawatan sambil belajar yang di anjurkan oleh Tabika Kemas D.O.R. Semasa lawatan dijalankan beliau dapat mempelajari mengenai komponen-komponen ICT dan diberi pendedahkan cara penggunaan ICT dengan betul. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak mahir dalam menggunakan komponen-komponen ICT dengan baik seperti penggunaan mouse atau tetikus. Beliau juga tidak tahu mengenai saluran internet yang selamat untuk digunakan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah tahu penggunaan asas menggunakan komponen-konponen ICT seperti mouse atau tetikus. Beliau juga kini mengetahui untuk menggunakan saluran internet yang selamat. Beliau juga dapat mempelajari beberapa kuiz pembelajaran atas talian dengan lebih baik.