CELIK IT DEEVINESH A/L FRANCIS XAVIAR

  Nama :  Deevinesh A/L Francis Xaviar
  Umur :  15 tahun
  Ahli :  2015

Latar Belakang

Deevinesh menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Sri Bidor pada tahun 2015. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja sekolah.Beliau juga tidak tahu cara menggunakan browser seperti google untuk mencari maklumat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja sekolah seperti membuat folio menggunakan Microsoft Word,pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint dan membuat kad ucapan menggunakan Microsoft Publisher. Beliau juga mengetahui cara yang betul mencari maklumat menggunakan browser.