CELIK IT HAWARIAH BINTI ABDULLAH

  Nama :  Hawariah Binti Abdullah
  Umur :  58 tahun
  Ahli :  2019

Latar Belakang

Puan Hawariah menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDI) PPR Sri Bidor pada tahun 2019. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja berkaitan merekod kewangan. Beliau juga tidak tahu cara menggunakan browser seperti google untuk mencari maklumat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk membuat rekod kewangan dan sebagainya. Beliau juga mengetahui cara yang betul mencari maklumat menggunakan browser.