CELIK IT MUHAMMAD AIDIL PUTRA ARHAM BIN SAZALI ARHAM

  Nama :  Muhammad Aidil Putra Arham bin Sazali Arham
  Umur :  17 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Muhhammad Aidil Putra Arham menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDI) PPR Sri Bidor pada tahun 2017. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja sekolah.Beliau juga tidak tahu cara penggunaan browser yang betul seperti google untuk mencari maklumat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja sekolah seperti menaip surat,membuat jadua waktu,pembentangan dan membuat kad ucapan menggunakan Microsoft Publisher. Beliau juga mengetahui cara yang betul mencari maklumat menggunakan browser.