CELIK IT MUHAMMAD YUSUFF RIZQI BIN MOHD AMIN

  Nama :  Muhammad Yusuff Rizqi Bin Mohd Amin
  Umur :  05 tahun
  Ahli :  2024

Latar Belakang

Muhammad Yusuff Rizqi menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PPR Sri Bidor pada tahun 2024. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan peranti tablet untuk membuat latihan ICT yang disediakan oleh petugas NADI. Beliau juga tidak tahu mengenai penggunaan internet yang selamat dan betul.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan peranti tablet dalam membuat latihan ICT seperti mewarna gambar dan sebagainya. Beliau juga kini mengetahui untuk menggunakan internet dengan selamat dan betul.