USAHAWAN HAMISAH BINTI YUNUS

  Nama :  Hamisah Binti Yunus
  Umur :  59 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Puan Hamisah Binti Yunus berusia 59 tahun dan tinggal di Rumah Pangsa Sri Bidor.Beliau bekerja sebagai pembantu kafe di Universiti Teknologi Mara Kampus Tapah.Beliau juga membuat bahulu yang dikenali sebagai Bahulu Bidor dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau tidak tahu mengambil gambar produk dan sering meminta bantuan anaknya untuk mengambil gambar dan memuat naik di akauan Facebook.Beliau juga kurang mahir menggunakan Facebook untuk mempromosikan produknya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir menggunakan Facebook untuk mempromosikan produk Bahulu Bidor yang dihasilkannya. Beliau mula mempromosikan produknya  di Dashboard Komuniti dan semua pengguna Dashboard dapat melihat produknya.