CELIK IT MUHAMMAD SHAHMIL BIN SHAHLALHUDDIN

  Nama :  Muhammad Shahmil Bin Shahlalhuddin
  Umur :  14 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Muhammad Shahmil  berumur 14 tahun dan tinggal di rumah pangsa sri bidor. Beliau menjadi ahli Pusat Internet  PPR Sri Bidor pada 19 Mei 2017. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja-kerja seperti jadual kelas, tidak tahu cara menggunakan Microsoft Powerpoint, melakukan editing video menggunakan Movie Maker dan juga tidak tahu cara yang betul untuk mencetak sesuatu bahan dari komputer.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual kelas, membuat pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint, melakukan editing video menggunakan Movie Maker  dan mencetak bahan yang perlu dari komputer