USAHAWAN ROSLAN BIN MD SAAD

  Nama :  Roslan Bin MD Saad
  Umur :  43 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Roslan Bin Md Saad berusia 43 tahun dan merupakan ayah kepada dua orang anak. Beliau bekerja sebagai Operator Kilang. Beliau menjual minyak wangi sebagai menambah pendapatan sampingan beliau.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau tidak berapa mahir menangkap gambar dan menyuruh anaknya menangkap gambar dengan cantik sebelum mempromosikan barangannya. Beliau hanya mempromosikan barangan jual beliau di facebook sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas keushawanan yang dibimbing petugas PI, beliau kini telah mempromosikan produknya di aplikasi Dashboard Komuniti. Beliau belajar menangkap gambar secara menarik dan bersesuaian dan mempelajari cara membuat pemasaran online yang lebih menarik melalui Facebook. Beliau juga mempelajari Microsoft Word dan Microsoft Excel.