USAHAWAN ZURIATI BINTI JAMHARI

  Nama :  Zuriati Binti Jamhari
  Umur :  34 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Zuriati Binti Jamhari berusia 34 tahun  merupakan suri rumah sepenuh masa.Beliau menjahit bekas pensil dan sarung bantal untuk dijadikan pendapatan sampingan. Pada asalnya beliau hanya menjahit untuk keluarga beliau dan lama- kelamaan timbul minat untuk memulakan perniagaan berdasarkan barangan jahitan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau tidak tahu cara yang bersesuaian mempromosikan produk beliau dan cara merekod hasil jualan beliau. Beliau tidak tahu cara yang betul merekodkan data-data jualan beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir menggunakan Facebook dan Instagram untuk mempromosikan barangan jahitan beliau.Beliau juga telah mempromosikan produknya di Dashboard Komuniti dan semua pengguna Dashboard dapat melihat produknya. Beliau juga tahu cara yang betul merekodkan data jualan beliau.