CELIK IT MOHAMAD ADAM BIN ATAN

  Nama :  Mohamad Adam Bin Atan
  Umur :  12 tahun
  Ahli :  2016

Latar Belakang

Mohamad Adam berumur 11 tahun ketika mula menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor dan tinggal di rumah pangsa bidor. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk belajar ICT secara percuma.

 Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja-kerja seperti jadual kelas, tidak tahu cara menggunakan Microsoft Powerpoint, melakukan 'editing' video menggunakan Movie Maker dan juga tidak tahu cara yang betul untuk mencetak sesuatu bahan dari komputer.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual persekolahan serta membuat jadual dengan mudah menggunakan Microsoft Excel. Beliau juga mahir menggunakan Microsoft Powerpoint bagi memudahkan urusan tugasan sekolah serta teknik editing video melalui Movie Maker dan mengetahui cara untuk mencetak bahan dari komputer.