USAHAWAN NISA HAIFA BINTI ARJUNDI

  Nama :  Nisa Haifa Binti Arjundi
  Umur :  19 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Nisa Haifa Binti Arjundi merupakan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang Beliau merupakan usahawan separuh masa yang belajar sambil berniaga menjual kayu pallet. Perniagaan ini juga merupakan perniagaan keluarga beliau.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk beliau menggunakan Facebook. Beliau juga ada mempromosikan produknya di Dashboard Komuniti dan semua pengguna Dashboard dapat melihat produknya. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jual beli dengan lebih teratur.