USAHAWAN MOHAMAD SYUKRI BIN ISMAIL

  Nama :  Mohamad Syukri Bin Ismail
  Umur :  19 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Mohamad Syukri bin Ismail ahli usahawan muda separuh masa yang masih lagi penuntut di Politeknik  Sultan Azlan Shah,Behrang.Beliau berniaga dengan menjual susu unta nealish dan juga minyak rambut jenama pomade.Walaupun masih belajar dan muda,beliau berusaha mencari wang sampingan dengan menjual dua jenis produk iaitu susu unta nealish dan minyak rambut berjenama pomade.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau kurang mahir tentang selok-belok perniagaan. Beliau juga tidak mengetahui teknik dan cara yang bersesuaian mempromosi produk-produk beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini mempunyai kemahiran asas perniagaan serta tahu cara dan teknik yang bersesuaian untuk memasarkan produk-produk beliau.