CELIK IT NUR ALEEYA BALQIS BINTI AHMAD TARMIZI

  Nama :  Nur Aleeya Balqis  Binti Ahmad  Tarmizi
  Umur :  10 tahun
  Ahli :  2016

Latar Belakang

Nur Aleeya Balqis binti Ahmad Tarmizi berumur 10 tahun. Beliau tinggal di Taman Bidor Botani. Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet  PPR Sri Bidor pada 1 Disember 2016. Beliau mula tertarik untuk menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.Oleh itu,beliau tidak mahu melepaskan peluang yang baik ini dan terus membuat keputusan menjadi ahli untuk belajar ICT.

 Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Word untuk memasukkan jadual dan tidak tahu menggunakan Microsoft Powerpoint.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT  yang dibimbing oleh Pusat Internet  PPR Sri Bidor, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual. Beliau juga sudah mula tahu pendidikan asas menggunakan Microsoft Powerpoint.