USAHAWAN AMIRAH  BINTI RAHMAD

  Nama :  Amirah Binti Rahmad
  Umur :  27 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Amirah Binti Rahmad merupakan pekerja di Restoran Nandos.Beliau merupakan usahawan separuh masa menjual minyak wangi jenama Dexandara untuk mencari pendapatan sampingan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual kerja dan pengiraan. Beliau juga tidak tahu menggunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar-gambar produk beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT  yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual dan pengiraan. Beliau juga sudah mula tahu pendidikan asas mengenai Adobe Photoshop.