CELIK IT SITI NUR SYAFIQAH BINTI ROSLAN

  Nama :  Siti Nur Syafiqah  Binti Roslan
  Umur :  18 tahun
  Ahli :  2016

Latar Belakang

Siti Nur Syafiqah berumur 16 tahun ketika mula menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor dan tinggal di kawasan perumahan Taman Bidor Intan. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk belajar ICT secara percuma.

 Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Word dan melakukan penyimpanan data dan asas pengiraan di Microsoft Excel serta cara penggunaan Microsoft Publisher dan Microsoft Powerpoint

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Word serta Microsoft Excel untuk membuat penyimpanan data dan asas pengiraan. Beliau juga mahir menggunakan Microsoft Powerpoint untuk melakukan pembentangan projek-projek sekolah beliau. Beliau juga memahami cara penggunaan Microsoft Publisher untuk membuat resume dan kad.