USAHAWAN NOORHIDAYAH BINTI HALIM

  Nama :  Noorhidayah Binti Halim
  Umur :  27 tahun
  Ahli :  2018

Latar Belakang

Cik Noorhidayah binti Halim ialah usahawan separuh  masa yang menjalani perniagaan menjual kuih masalodeh secara kecil-kecilan.Cik Noorhidayah merupakan cikgu tuisyen di Pusat Tuisyen Tapah.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau tidak berapa mahir menggunakan Microsoft Excel untuk merekod jualan produk beliau serta tidak tahu cara mempromosi produk beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah memperluaskan promosi produknya di aplikasi Dashboard Komuniti serta mahir menggunakan Microsoft Excel untuk merekod data.