CELIK IT LOGITHASAN

  Nama :  Logithasan
  Umur :  15 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Logithasan menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor pada tahun 2017. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,merekodkan data,melakukan pembentangan dan membuat kad serta poster.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,menyimpan data, membuat pembentangan serta membuat kad dan poster.