Bidor amat terkenal dengan makanan daripada kaum cina iaitu mee itik (ducknoodle). Mee itik yang sangat popular di Bidor ini boleh didapati di Restoran Pun Chun cawangan Bidor yang terletak di jalan utama Tapah-Sungkai. Restoran ini mempunyai ramai pelanggan yang terdiri dari sekitar penduduk di Bidor, luar daerah malah pelancong luar negara juga. Pelancong yang terdiri dari negeri China, Taiwan dan Singapura adalah pelanggan yang sering berkunjung di restoran ini bagi menikmati mee itik.

Mee itik yang menjadi makanan utama di restoran ini merupakan mee herba yang boleh memberi kesihatan yang baik bagi kepercayaan kaum cina itu sendiri selain dari menikmati kelazatannya. Mee itik ini juga boleh dipelbagaikan menu sepeti mee wantan itik dan mee herba peha itik. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti dan kuantiti mee itik ini telah meningkatkan populariti restoran ini kepada pelanggan yang datang. Harga untuk mee itik ialah RM 4.60 manakala mee herba peha itik berharga RM 6.00.