Restoran Ayam Herbal terletak di Taman Batang Padang Baru, Bidor iaitu berhadapan dengan simpang utama tol Bidor. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan khasiat kepada pelanggan. Ayam yang digunakan ialah ayam kampung untuk disajikan kepada pelanggan dan ia sesuai kepada mereka yang mementingkan kesihatan dan kualiti makanan.

Menu utama yang selalu menjadi pilihan pelanggan ialah nasi timbal ayam goreng kampung. Set ini terdiri daripada nasi putih, ayam kampung goreng, sup kosong, gulai dalca kacang panjang, sambal belacan, timun, ulam kelisa, ikan masin dan agar-agar sebagai pencuci mulut. Harga untuk menu ini sangat berbaloi iaitu RM 9.50 sahaja.