Tarikh | : 15 September 2023 |
Masa | : 9:00AM - 11:30AM |
Peserta | : 19 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai ICT.
Aktiviti :
Peserta iaitu kanak-kanak kepada Tabika Kemas Taman Sri Bidor mengadakan lawatan sambil belajar di PEDi PPR Sri Bidor. Peserta belajar mengenai komponen komputer yang asas melalui penerangan petugas dan melalui bermain permainan mencari peralatan komputer yang tersembunyi di laman web ABCya!.Peserta juga diberikan taklimat Klik dengan Bijak supaya peserta menggunakan laman web yang bersesuaian dan selamat dengan usia mereka dan harus dibawah pengawasan ibu bapa dan penjaga peserta. Peserta belajar mengenai "touch screen" apabila mereka menyentuh Monitor LCD untuk bermain beberapa jenis permainan pendidikan seperti mencari komponen komputer yang tersembunyi,jigsaw Puzzle yang bertemakan Hari Malaysia di laman web Jigsaw Puzzle dan surih huruf atau nombor di laman web ABCya!. Kemudian,peserta bermain beberapa permainan pendidikan di laman web ABCya! untuk melatih penggunaan tetikus atau mouse. Peserta juga mewarna bendera Malaysia menggunakan platform atas talian iaitu Super Coloring.
Tarikh | : 14 September 2023 |
Masa | : 10:30AM - 12:00PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran temuduga.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat mengenai kemahiran temuduga. Peserta diberitahu perlu menyediakan dokumen tertentu dan membuat kajian mengenai syarikat yang ditemuduga dan cara temuduga melalui panggilan telefon. Peserta belajar mengenai cara menjawab soalan perkenalkan diri, petua menjawab soalan mengenai kelemahan diri sendiri, cara berjalan dan bertemu mata ketika berjumpa dengan penemu duga dan lain-lain.
Tarikh | : 10 September 2023 |
Masa | : 03:00PM - 05:00PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai STEM Aktiviti sempena menyambut Hari Malaysia.
Aktiviti :
Peserta membuat kerja sekolahnya dia PEDi dan dibantu juga oleh petugas. Peserta membuat aktiviti STEM dengan mereka layang-layang menggunakan bahan-bahan terpakai yang dibawa sendiri oleh peserta. Peserta mereka aktiviti STEM ini sempena menyambut Hari Malaysia yang akan diadakan di sekolahnya. Peserta dapat memahirkan kemahiran dalam menggunakan dan mereka layang-layang dengan kreatif. Petugas membantu peserta mendapatkan contoh gambar bendera malaysia sebagai rujukan dan memberikan bahan-bahan yang peserta tidak bawa seperti kertas A4 dan gunting.
Tarikh | : 13 September 2023 |
Masa | : 10:30AM - 12:00PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai etika berniaga dan pemakaian baju yang bersesuaian.
Aktiviti :
Merupakan sambungan modul dalam "Bussiness Etiquette and Personal Grooming" kelas online. Peserta dapat mendengar taklimat mengenai etika berniaga dan pemakaian yang bersesuaian ketika bekerja. Peserta dapat mengetahui cara yang betul dalam pemilihan jam tangan untuk dipakai, jenis dan bentuk jam dan serta warna yang sesuai untuk diapakai dan lain-lain.
Tarikh | : 09 September 2023 |
Masa | : 10:30AM - 12:00PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai mereka Email dan Media Sosial.
Aktiviti :
Peserta merupakan usahawan dan menyertai kelas ini untuk mendapatkan pendedahan untuk mereka email dan media sosial seperti laman FaceBook dan Instagram bagi mempromosikan produk usahawannya. Usahawan ini pernah mereka email dan media sosial yang lain, dan untuk kelas ini adalah untuk fokus kepada mereka email dan media sosial yang khususnya bagi mempromosikan produknya. Dari kelas ini, usahawan dapat mempelajari mereka email menggunakan gmail.com dan mendaftar "google bussiness profile" serta menaik taraf akaun media sosial.