Tarikh | : 07 Ogos 2023 |
Masa | : 10:30AM - 12:00PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan peserta mengenai tips pengurusan sumber manusia.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat mengenai tips pengurusan sumber manusia. Peserta belajar mengenai undang-undang dan akta pekerjaan,tanggungjawab majikan dan lain-lain. Pada akhir taklimat,peserta bertanya mengenai soalan-soalan yang berkaitan pengurusan sumber manusia.
Tarikh | : 06 Ogos 2023 |
Masa | : 11:00AM - 12:00 PM |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan peserta mengenai pergerakan "mouse" atau tetikus.
Aktiviti :
Peserta berlatih menggunakan "mouse" atau tetikus melalui permainan "jigsaw puzzle" di atas talian. Mereka menyusun kepingan-kepingan memanca atau "jigsaw puzzle" yang berlatarkan tema kemerdekaan menggunakan "mouse" atau tetikus. Mereka bermain permainan "jigsaw puzzle" di laman web Jigsaw Planet.
Tarikh | : 05 Ogos 2023 |
Masa | : 10:00AM - 11:00 AM |
Peserta | : 3 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan peserta mengenai pergerakan "mouse" atau tetikus.
Aktiviti :
Peserta berlatih menggunakan "mouse" atau tetikus melalui mewarna gambar jalur gemilang di atas talian. Mereka mewarna gambar jalur gemilang di laman web Super Coloring. Latihan ini mampu membuat peserta mengawal pergerakan "mouse" dan mengenali warna yang terdapat pada jalur gemilang.
Tarikh | : 05 Ogos 2023 |
Masa | : 4:45PM - 5:45 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan peserta mengenai penguasaan Bahasa Jepun.
Aktiviti :
Peserta belajar mengenai penguasaan Bahasa Jepun di Zoom meeting. Peserta belajar mengenai sebutan keluarga, perbuatan dan lain-lain perkataan yang asas di dalam Bahasa Jepun. Peserta diajar oleh Sensei Najihan untuk belajar penguasaan Bahasa Jepun.
Tarikh | : 25 Julai 2023 |
Masa | : 11:30AM - 01:00 PM |
Peserta | : 100 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Klik Dengan Bijak: Jenayah Seksual Dalam Talian.
Aktiviti :
Merupakan anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang dengan kerjasama Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Daerah Batang Padang bagi pelancaran Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak Peringkat Daerah Batang Padang. Peserta antaranya adalah pelajar sekolah menengah dan terdapat 16 buah sekolah menengah yang telah menyertai kempen ini. Pihak MCMC telah mewakili pihak PEDi bagi memberi ceramah mengenai KDB: Jenayah Seksual Dalam Talian pada slot yang disediakan. Penceramah MCMC yang hadir memberi ceramah ialah En Mahamad Fisol Abdul Rahman iaitu Penolong Pengarah MCMC Perak.
Peserta dapat menonton beberapa video dan mendapat maklumat untuk mencegah jenayah seksual ini dalam talian jika berlaku. Peserta menyertai sesi soal jawab dengan penceramah untuk memahami lagi mengenai isu ini.