Tarikh :   21 Ogos 2023
Masa :   10:00AM - 11:00AM 
Peserta :   20 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai membina reputasi digital.

 

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai membina resputasi digital. Peserta mengetahui makna resputasi digital,jejak digital apabila menggunakan media sosial dan lain-lain penggunaan internet,perkara mengenai reputasi dalam talian dan langkah membina reputasi digital. Peserta juga menjawab kuiz KDB di atas talian yang dianjurkan penceramah.

Gambar Disini


Tarikh :   19 Ogos 2023
Masa :   10:00AM - 11:00AM 
Peserta :   1 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas permainan catur.

 

Aktiviti :

Peserta belajar cara bermain catur. Peserta bermain catur di atas talian. Permainan catur dapat meningkatkan kemahiran STEM. Peserta dapat mengasah kemahiran berfikir dan mengira melalui permainan catur.

Gambar Disini


Tarikh :   16 Ogos 2023
Masa :   10:30AM - 12:00PM 
Peserta :   2 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran temuduga.

 

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai kemahiran temuduga. Peserta diberitahu perlu menyediakan dokumen tertentu dan membuat kajian mengenai syarikat yang ditemuduga dan cara temuduga melalui panggilan telefon. Peserta belajar mengenai cara menjawab soalan perkenalkan diri, petua menjawab soalan mengenai kelemahan diri sendiri,cara menangani gemuruh dan lain-lain lagi petua dan teknik mengenai temuduga.

Gambar Disini


Tarikh :   17 Ogos 2023
Masa :   10:00AM - 11:00AM 
Peserta :   20 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai serangan seksual dalam siber.

 

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai serangan seksual siber dalam senyap. Sentuhan, kata-kata lucah, perbuatan, gambar atau sebarang gurauan seksual sama ada secara lisan, fizikal atau multimedia adalah di antara senario yang boleh berlaku di ruang persendirian dan di tempat awam. Ini juga boleh berlaku dalam kalangan pelajar, staf dan komuniti. Apabila serangan seksual berlaku, ini akan memberi gangguan emosi, psikologi, tahap keyakinan rendah, imej diri, kecelaruan pemakanan dan tingkahlaku yang boleh membahayakan diri mangsa serangan seksual. Peserta belajar mengenai proses pengantunan oleh pemangsa, panduan SMART, sexting dan lain-lain.

Gambar Disini


Tarikh :   15 Ogos 2023
Masa :   10:30AM - 12:00PM 
Peserta :   1 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai etika berniaga dan pemakaian baju yang bersesuaian.

 

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai etika berniaga dan pemakaian baju yang bersesuaian ketika bekerja. Peserta belajar mengenai pemilihan baju seperti kemeja, jenis kemeja,tali leher,corak baju,jam dan lain-lain.

Gambar Disini